Proses Pemadatan

Proses pemadatan tidak bergantung kepada perangkai bahan tetapi pada tarikan molekul (Kuasa Van der Waals jarak dekat) dan ikatan kimia bebas untuk kekuatan kekohereran.  Aglomerat kering yang disebatikan hanya oleh kuasa Van der Waals dihasilkan dengan membawa bahagian terbesar kawasan permukaan partikel pada halus kepada sentuhan rapat melalui pemadatan menggunakan penekan guling yang beroperasi pada tekanan tinggi.

Pada semua permukaan padu yang baru dihasilkan dengan menghancurkan ikatan kimia bebas – juga dipanggil kuasa valens – yang hadir cepat tepu dengan molekul daripada atmosfera sekeliling.  Semasa pemadatan, permukaan bahan-bahan padu yang baru terbentuk dibawa bersentuh diantara satu sama lain sebelum menjadi tepu dan menghasilkan ikatan kombinasi semula yang kuat.  Bahan kompak keluar dari penggelek dalam bentuk wafel atau kepingan 15 – 20 mm tebal.  Ia kemudian dihancurkan kepada saiz lebih kecil dan ditapis kepada saiz yang dikehendaki.  Semasa dihancurkan, semua bahangian lembut aglomerat musnah dan menghasilkan bebutir tahan pelelasan yang kuat.

Komposisi Kimia Seragam

Di loji penapis, partikel yang terlalu besar dikembalikan ke mesin penghancur sementara partikel yang terlalu kecil dikembalikan untuk dicampur dengan bahan mentah baru untuk pemadatan.  Bagi setiap tan barang siap, tiga tan baja beredar dalam aliran proses menghasilkan komposisi barang siap yang amat seragam.

 

Efisian dan Serba Boleh

Berbanding dengan proses pembutiran basah biasa yang menjimatkan hanya untuk pengeluaran yang banyak dan dengan itu menghadkan variasi formula produk, proses pemadatan ini amat serba boleh untuk pengeluaran baja bagi memenuhi keperluan individu sama ada dari segi formula atau saiz.  Ini sangat penting khususnya apabila cadangan baja telah sampai ke tahap ketepatan yang tinggi seperti di sektor peladangan di Malaysia.

 

Kebaikan Baja Sebatian Kompak

  • Baja Sebatian Kompak berasaskan ammonium sulfat serta mengandungi unsur sulfat yang banyak.
  • Komposisi yang seragam
  • Larian permukaan yang minima
  • Butir-butir tahan lelasan yang mana ianya boleh menahan pengendalian yang beterusan tanpa menjadi serbuk.
  • pH Neutral.